Make your own free website on Tripod.com

REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Home Up

 

                                                                                                                   

APABILA BERLAKU REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH PADA ABAD KE-19,NEGARA-NEGARA EROPAH MENJALANKAN DASAR MELUASKAN KUASA MEREKA DENGAN MENGUASAI KAWASAN-KAWASAN LAIN, KHUSUSNYA DI ASIA DAN AFRIKA UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BAHAN MENTAH BAGI KEPERLUAN KILANG MEREKA DAN JUGA UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT MEMASARKAN HASIL KELUARAN KILANG. DENGAN ITU KUASA EROPAH TERPAKSA MELUASKAN WILAYAH ATAU TANAH JAJAHAN BAGI MENDAPATKAN BAHAN MENTAH DAN UNTUK MEMASARKAN HASIL PENGELUARAN MEREKA . PERUBAHAN CARA PENGELUARAN BARANG SECARA BESAR-BESARAN MENYEBABKAN KEPERLUAN BAHAN MENTAH YANG LEBIH BESAR DAN PASARAN YANG LEBIH LUAS.SELAIN DARIPADA ITU PERMINTAAN TERHADAP BAHAN MENTAH BARU SEPERTI BIJIH TIMAH DAN TANAMAN SEPERTI GETAH DAN KELAPA SAWIT MENDORONG IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA.DENGAN LANGKAH MENGUASAI BANYAK KAWASAN YANG KAYA DENGAN BAHAN MENTAH,KUASA EROPAH ITU AKAN MENDAPAT BEKALAN SECARA TERUS - MENERUS.CONTOHNYA , PENGUASAAN BRITISH KE ATAS MYANMAR ADALAH UNTUK MENDAPATKAN KAYU JATI SEMENTARA DI TANAH MELAYU PULA ADALAH UNTUK MENDAPATKAN BIJIH TIMAH, GETAH DAN HASIL HUTAN YANG LAIN.